Thursday 3 September 2015

PAKEJ PERKAHWINAN MURAH!

Tawaran istimewa buat para pengantin yang TIDAK MAMPU untuk mengambil pakej fotografi yang mahal.



Kami menawarkan bantuan buat anda untuk mendapatkan pakej mampu milik dengan harga yang murah melalui pakej junior kami seperti berikut:



Pertunangan atau Majlis Nikah
Harga Pakej: RM600
- 1 fotografer junior sahaja.
- Sesi potret pada hari majlis sahaja.
- Gambar siap sunting dalam DVD.
- 1 x foto saiz 10R / 10RW bersama bingkai

1 Majlis Persandingan Sahaja
Harga Pakej: RM1,000
- 1 fotografer junior sahaja.
- Sesi potret pada hari majlis sahaja.
- Gambar siap sunting dalam DVD.
- 1 x Photobook debossed 8" x 8" x 40 mukasurat.
1 x foto saiz 12R / 12RW bersama bingkai

Nikah + Sanding atau Sanding + Tandang
Harga Pakej: RM1,500
- 1 fotografer junior sahaja.
- Sesi potret pada hari majlis sahaja.
- Gambar siap sunting dalam DVD.
- 1 x Photobook debossed 11" x 11" x 40 mukasurat.
1 x foto saiz 12R / 12RW bersama bingkai

Nikah + Sanding + Tandang
Harga Pakej: RM2,000
- 1 fotografer junior sahaja.
- Sesi potret pada hari majlis sahaja.
- Gambar siap sunting dalam DVD.
- 1 x Photobook debossed 11" x 11" x 60 mukasurat.
1 x foto saiz 12R / 12RW bersama bingkai
- 1 x foto saiz 10R / 10RW bersama bingkai

Terma & Syarat:

HARGA
- Harga tersebut di atas tidak termasuk sebarang cukai.
- Sebuah sebutharga rasmi akan diberikan untuk ditandatangani oleh pihak kami dan pelanggan serta seorang saksi.

PEMBAYARAN
- 50% deposit semasa membuat tempahan.
- 50% baki bayaran 1 minggu sebelum acara pertama bermula.

DISKAUN & TAWARAN
- Hanya sah untuk yang membuat pembayaran penuh semasa membuat tempahan sahaja.

CAJ JARAK JAUH
Caj berikut hanya untuk majlis yang jaraknya melebihi 60km dari pejabat operasi kami.
Caj-caj ini tidak akan dikenakan sekiranya telah disediakan oleh pihak pelanggan.
Perjalanan
- RM1.00/km dari lokasi operasi kami ke lokasi majlis atau harga semasa tiket penerbangan / pelayaran (termasuk caj tambahan untuk peralatan kami).
Penginapan
- RM150/malam. Kemasukan semestinya 1 malam sebelum acara bermula.

LAIN-LAIN CAJ
Sesi Potret Hari Berasingan
- RM500/hari tidak termasuk caj jarak jauh (jika perlu).
Fotografer Tambahan
- RM500/orang/hari
Bahan-Bahan Tambahan
- Bergantung pada harga semasa.

TEMPOH
- Tempahan hendaklah dibuat dalam tempoh sah sebutharga.
- Kerja-kerja suntingan gambar mengambil masa sekitar 60 hari selepas acara majlis selesai. Caj tambahan sebanyak RM500 akan dikenakan jika ingin proses dipercepatkan.
- Cetakan photobook kebiasaannya mengambil masa 14 hari selepas pelanggan berpuashati dengan susun-atur.
- Semua barangan akan diserahkan serentak.

PEMINDAHAN HAK MILIK ATAU PEMBATALAN TEMPAHAN
- Deposit tidak akan dikembalikan bagi pembatalan oleh pihak pelanggan.
- Pakej boleh dipindah-milik ke pelanggan lain setelah pihak kami mendapat notis selewat-lewatnya 1 bulan sebelum acara majlis yang pertama berlangsung.
- Pertukaran pakej tidak boleh lebih rendah nilainya dari pakej yang asal.
- RM200 dikenakan sebagai caj perkhidmatan proses penukaran hak milik ke pelanggan baru.
- Sebarang kos yang terlibat seperti kos pengangkutan dan penginapan untuk pakej yang asal adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak pelanggan.


HAK CIPTA
- Semua gambar yang kami hasilkan adalah hak cipta milik syarikat kami.

No comments:

Post a Comment